Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Trump tangguh pelan gelar kartel dadah Mexico sebagai pengganas
Diterbitkan:  Dec 7, 2019 3:50 PM
Dikemaskini: 7:50 AM

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata beliau telah menangguhkan pelannya untuk menggelar raja dadah Mexico sebagai pengganas atas permintaan Presiden Andres Manuel Lopez Obrador, lapor agensi berita Rusia Sputnik.

Bulan lepas, agensi sempadan persekutuan AS berkata ia sedang mempertimbang gelaran keganasan untuk kartel dadah susulan pembunuhan beramai-ramai satu keluarga berfahaman Mormon di utara Mexico.

"Segala tugasan yang perlu telah diselesaikan untuk mengisytiharkan Kartel Dadah Mexico sebagai sebuah organisasi pengganas. Kami bersedia untuk berbuat demikian.

"Bagaimanapun, atas permintaan seorang lelaki yang saya suka serta hormati, dan yang telah berusaha dengan baik bersama kami, Presiden Andres Manuel @LopezObrador_ kami (Amerika Syarikat) akan menangguhkan buat sementara gelaran ini dan mempertingkat usaha bersama dalam menangani organisasi kejam dan yang terus berkembang ini!" kata Trump menerusi Twitter pada Jumaat.

Trump dalam satu temu bual pada 27 Nov berkata beliau telah meminta Lopez Obrador membiarkan AS memasuki Mexico untuk membersihkan kartel dadah.

Trump juga berkata beliau telah mencuba secara rasmi untuk menggelarkan kartel dadah Mexico sebagai organisasi pengganas selama lebih tiga bulan.

-Bernama

Lihat Komen
ADS