Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Kritikan dihala pada Azmin, meski Anwar seru berdamai

KONGRES PKR | Pada sesi awal perbahasan pagi tadi, beberapa perwakilan menyasarkan kritikan mereka terhadap timbalan presiden Mohamed Azmin Ali dan "pengkhianat" dalam parti.

Ia meskipun Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Mohamed Azmin dilihat cuba mendamaikan penyokong masing-masing.

Perwakilan PKR Kedah Mohammed Firdaus Johari ketika mengambil alih pentas mengingatkan agar Azmin menumpukan tugas sebagai menteri hal ehwal ekonomi dan kurangkan menjadi "menteri pengiring".

"Alhamdulillah kita mempunyai seorang menteri hal ehwal ekonomi daripada PKR, Azmin Ali.

"Saya ingin bertanya apakah program-program untuk anak muda sehingga kini yang dapat dirasai oleh golongan di bawah ini. Inilah yang perlu kita fikirkan bersama

"Oleh itu saya amat-amat berharap agar pimpinan dan juga menteri hal ehwal ekonomi dapat membuat satu anjakan paradigma di mana dapat memberikan satu penyelesaian kepada masalah ekonomi dihadapi anak muda [...]

"(Sebagai) adik kepada abang saya ingin menasihati bahawa kita harus fokus kepada kerja kementerian kita dan kita cuba kurangkan untuk menjadi menteri pengiring," katanya yang mendapat sorakan sebahagian hadirin.

Meskipun tidak mengulas lanjut, Firdaus dipercayai merujuk kepada Azmin yang dilihat sering menyertai rombongan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam pelbagai acara.

Perwakilan Melaka Mohd Rafee Ibrahim

Perwakilan Perak A Tinagaran pula menyalahkan "kartel" yang menurutnya memonopoli peruntukan kerajaan.

"Jika kita melihat sistem peruntukan kerajaan, ia masih dikawal oleh kartel itu.

"Kami melihat 20 syarikat dalam satu bangunan dan kartel mengawal peruntukan kerajaan.

"Kita pernah melawan dengan Umno dan BN ketika mereka berkuasa, haruskah kita sekarang melawan kartel ini?" soalnya disambut sorakan hadiri yang berkata "lawan".

Perwakilan Melaka Mohd Rafee Ibrahim dan perwakilan Johor Mohd Shahrun Radzi Salehudin pula menyeru supaya tindakan tegas diambil terhadap "pengkhianat" dalam PKR.

Berasal dari Simpang Renggam, Mohd Shahrun Radzi berkata musuh dalam parti akan menjatuhkan PKR.

"Mereka tidak menghadiri mesyuarat tetapi tidak dapat menggunakan media untuk melancarkan serangan [...]

"Tuduhan pengkhianat ini terhadap parti kemudiannya digunakan oleh pembangkang untuk menjatuhkan kita. Mereka adalah pengkhianat terhadap parti.

"Saya menggesa jawatankuasa tatatertib memecat pengkhianat parti," katanya, dengan sebahagian hadirin didengar berteriak "setuju!"

Diminta mengulas keritikan terhadapnya ketika ditemui selepas perbahasan, Azmin sekadar mengangkat bahu dan sambil tersenyum berkata: "Ini satu proses terbuka."

*Laporan oleh Annabelle Lee, Geraldine Tong, Naimmullah Jaya, Wong Kai Hui dan Yasmin Ramlan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS