Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Tiada yang pakai tengkolok berdarah di PAU, sindir Zahid
Diterbitkan:  Dec 7, 2019 8:39 PM
Dikemaskini: 1:10 PM

PAU 2019 | Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kegembiraan kerana  perhimpunan agung parti itu tidak berakhir dengan insiden pergaduhan seperti PKR.

"Perhimpunan kita di Dewan Merdeka (PWTC) sejak semalam dan sebelum itu oleh sayap-sayap (parti) dan malam sebelumnya, saya tidak nampak seorang pun yang memakai tengkolok tetapi berdarah.

"Tidak ada penumbukan, penendangan di dalam dan di luar dewan," katanya ketika menggulung perbahasan di Perhimpunan Agung Umno petang ini, sambil disambut gelak ketawa perwakilan.

Kata Ahmad Zahid, kejadian ahli-ahli mengadakan perhimpunan berasingan juga tidak pernah berlaku dalam sejarah Umno.

"Tidak juga ada amalan dari presiden parti untuk memecat mana-mana ahli yang mengadakan persidangan berbeza, ini bezanya kita Umno dengan parti lain," katanya.

"Kita mempunyai ketertiban parti, kita mempunyai adab, tatacara, itu budaya Umno sejak ditubuhkan hingga sekarang," tambahnya.

Adalah jelas Zahid merujuk kepada insiden pergaduhan yang berlaku semasa kongres Pemuda PKR (AMK) di Melaka semalam yang berlarutan sehingga sejam.

PKR turut memberi amaran akan memecat anggotanya sekiranya menghadiri kongres berasingan.

Semasa acara kongres hari ini,  Azmin bersama kumpulannya melangkah keluar dari dewan selepas beberapa pembahas mengkritik timbalan presiden parti itu.

Lihat Komen
ADS