Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda Amanah tegur setiausaha politik 'pemalas'

Ketua Pemuda Amanah Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim hari ini menegur sikap segelintir setiausaha politik menteri yang disifatkannya sebagai pemalas.

Menurutnya, ada sesetengah setiausaha politik jarang - dan malah hanya sekali sahaja - yang turun ke kawasan diwakili menteri itu dalam tempoh 18 bulan ini.

Keadaan itu kata Hasnul Zulkarnain menjadikan mereka sukar menjaga agenda parti serta menteri yang mereka wakili.

“Jika di kawasan diwakili menteri pun dia malas turun, apa lagi kawasan lain. Tugas setiausaha politik sepatutnya bukan duduk di pejabat.

“Sepatutnya setiausaha politik perlu kerap turun ke kawasan untuk membawa agenda menteri diwakili," katanya.

Menurut exco kerajaan Perak itu lagi tugas lain seorang setiausaha politik ialah memberi penerangan berhubung isu semasa selain memberitahu rakyat apa yang kerajaan sudah lakukan.

Hasnul Zulkarnain berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulingan Konvensyen Nasional Amanah di Pusat Konvenysen Darul Ehsan (IDCC), Shah Alam, hari ini.

Konvensyen Amanah kali ini berlangsung sejak Jumaat lalu dan tamat hari ini.

Menuru Hasnul Zulkarnain jawatan setiap setiausaha politik yang dipegang adalah atas restu ahli parti dan rakyat.

“Jangan sesekali kecewakan mereka (ahli dan rakyat). Anda diberikan pemandu untuk ke sana dan ke sini, minyak kereta pula penuh diisi.

“Buatlah kerja, jangan jadi seorang setiausaha politik yang gagal. Sila bersikap rajin untuk berjumpa rakyat,” katanya.

Lihat Komen
ADS