Paling Popular
Terkini

Keadaan banjir di Kelantan semakin pulih dengan hanya tinggal 66 mangsa banjir daripada 20 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 297 orang daripada 83 buah keluarga pada petang semalam.

Berdasarkan Aplikasi InfoBencanaJKM, dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bakong di Pasir Mas dengan 50 mangsa (18 keluarga) dan SK Pengkalan Kubor 2, Tumpat dengan 16 mangsa (dua keluarga).

Maklumat dalam publicinfobanjir.water.gov.my menunjukkan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras berjaga-jaga iaitu 7.75 meter (berjaga-jaga 7 meter) manakala semua sungai lain berada pada paras normal.

Cuaca pagi ini mendung dengan sesekali hujan sederhana lebat.

Setakat ini tiga mangsa terkorban akibat banjir di Kelantan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS