Paling Popular
Terkini
story images
story images

Dr Wan Ismail Wan Mahmood, 93, bapa kepada Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah meninggal dunia pada 2.30 pagi ini akibat sakit tua di kediamannya di Taman Ampang Utama di Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid al Mustaqim di Taman Nirwana, Ampang pada 9 pagi dari kediamannya.

Selain Dr Wan Azizah dan suaminya Anwar Ibrahim, yang juga presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), turut berada di Masjid Al Mustaqim ialah dua cucu Allahyarham, Nurul Izzah Anwar yang juga MP Permatang Pauh dan Nurul Illham Anwar.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad turut hadir menziarahi jenazah Allahyarham.

Allahyarham Wan Ismail meninggalkan isteri Datin Mariah Khamis, empat anak perempuan termasuk Dr Wan Azizah dan seorang anak lelaki.

Turut menziarahi jenazah Allahyarham ialah Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad dan Timbalan Menteri Pertahanan Senator Liew Ching Tong .

Urusan solat sunat jenazah bermula pada kira-kira 10 pagi di Masjid Al Mustaqim dan jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana pada 11 pagi.

- Bernama

Lihat Komen
ADS