Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nasihat PM tertua kepada PM termuda dunia
Diterbitkan:  Dec 10, 2019 5:49 PM
Dikemaskini: 10:52 AM

Perdana Menteri tertua, Dr Mahathir Mohamad menasihati perdana menteri termuda dunia, Sanna Marin agar bertanya 'orang lama' untuk mendapatkan nasihat mereka.

Marin, 34, merupakan calon tunggal bagi jawatan tertinggi kerajaan Finland selepas peletakan jawatan Antti Rinne berikutan usul undi tidak percaya terhadapnya.

"Walaupun kami percaya kepada idealisme anak-anak muda, adalah penting juga bagi mereka untuk mengambil kira pengalaman orang-orang tua," kata Mahathir, 94 dalam wawancara bersama Reuters.

"Apabila ada gabungan kedua-duanya, ia lebih baik," katanya lagi.

Marin mencatatkan peningkatan pantas dalam politik Finland sejak mengetuai Majlis Perbandaran Tampere pada usia 27 tahun.

Beliau mengambil alih pimpinan kerajaan di tengah-tengah mogok pekerja selama tiga hari yang dibimbangi mengganggu pengeluaran di beberapa kilang utama.

Mahathir sebelum ini mengetuai pakatan pembangkang di Malaysia dan memenangi pilihan raya umum (PRU) pada Mei tahun lepas. 

Ia adalah kali kedua beliau dipilih sebagai perdana menteri Malaysia, jawatan yang pernah disandangnya selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003.

Lihat Komen
ADS