Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah putuskan ganti rugi RM492,000 pada balu Dharmendran
Diterbitkan:  Dec 10, 2019 6:16 PM
Dikemaskini: 10:16 AM

Marry Mariay Susay, balu N Dharmendran yang meninggal dunia dalam tahanan polis pada 2013, dianugerahkan ganti rugi dan kos sebanyak RM492,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Peguam Marry, N Surendran berkata mahkamah mendapati pihak polis dan kerajaan bertanggungjawab atas kematian itu.

Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan ganti rugi RM440,200 dan tambahan RM50,000 untuk dibayar kepada Marry.

Dharmendran ditemui meninggal dunia dalam ibu pejabat kontinjen polis Kuala Lumpur pada 21 Mac 2013.

Menurut bedah siasat, kematian itu berpunca daripada kesan trauma akibat objek tumpul,

Empat orang anggota polis telah didakwa atas tuduhan bunuh.

Lihat Komen
ADS