Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr M harap dapat capai penyelesaian dengan Goldman
Diterbitkan:  Dec 10, 2019 6:17 PM
Dikemaskini: 10:20 AM

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berharap dapat mencapai penyelesaian di luar mahkamah dengan Goldman Sachs berhubung skandal 1MDB tidak lama lagi. 

Bagaimanapun katanya pampasan sekitar satu bilion dolar yang ditawarkan oleh bank berkenaan adalah terlalu kecil.

Malaysia sebelum ini mendakwa Goldman dan 17 pengarah serta bekas pengarahnya mengelirukan pelabur apabila mengatur jualan bon berjumlah $6.5 bilion untuk 1MDB.

Mahathir berkata, kerajaan menuntut $7.5 bilion daripada Goldman dan rundingan masih berjalan.

"Kami ingin mengelak pergi ke mahkamah, tetapi jika mereka datang dengan jumlah wang yang munasabah saya fikir kita akan setuju," kata Mahathir, 94 dalam satu temu bual dengan Reuters pada Selasa.

"Tetapi pada masa ini tawaran mereka terlalu kecil. Kami akan terus berunding dengan mereka untuk menjelaskan mengapa mereka perlu memberi apa yang kami mahukan. Sudah tentu ia bukan jumlah penuh yang mereka boleh bayar, tetapi kami fikir kita boleh mencapai beberapa perjanjian pada peringkat kemudiannya."

Jurucakap Goldman bagaimanapun enggan mengulas.

Mahathir berkata, beliau berharap perjanjian dengan Goldman akan dicapai "tidak lama lagi".

"Ya, saya mahu mencapai penyelesaian. Kami sedang berunding, jika kami gagal maka kami akan pergi ke mahkamah," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS