Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keluarga diraja Johor lawat pusat pemindahan banjir mulai esok

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bersama Permaisuri Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah serta anggota keluarga diraja lain akan melawat pusat-pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka untuk mangsa banjir di negeri ini, bermula esok.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi baginda hari ini, Sultan Ibrahim turut memaklumkan akan mengadakan pertemuan dan mesyuarat dengan wakil kerajaan negeri, polis dan pasukan bomba untuk membincangkan perihal lawatan itu.

Baginda turut menasihati mangsa yang terjejas agar sentiasa mengikut arahan diberikan pasukan penyelamat bagi memastikan keselamatan mereka.

Setakat 5 petang tadi, seramai 5,592 mangsa daripada 1,549 keluarga berada di 63 pusat pemindahan sementara yang dibuka di sembilan daerah negeri ini.

PPS itu merangkumi 10 buah di Mersing, 14 (Kota Tinggi), 20 (Kluang), 11 (Segamat), masing-masing dua di Batu Pahat, Kulai dan Johor Bahru, serta sebuah masing-masing di Pontian dan Muar.

-Bernama

 

Lihat Komen
ADS