Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Elak buang pekerja jika kerajaan beri pengecualian cukai - Lim

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan bersedia untuk memberi pengecualian cukai kepada syarikat media dengan syarat mereka mengambil setiap langkah yang mungkin untuk mengelakkan daripada memberhentikan pekerja mereka.

Kenyataan Lim itu dibuat susulan pelaksanaan pemberhentian secara berterusan oleh konglomerat media Media Prima Bhd, yang dilaporkan akan menyaksikan 543 kakitangan dari kumpulan New Straits Times Press (NSTP) melepaskan jawatan mereka pada Mac tahun depan.

"Kami tidak campur tangan tetapi saya mengadakan pertemuan dengan bos syarikat korporat media (itu) minggu lalu (dan) mereka pada dasarnya menyoal mengenai beberapa langkah percukaian dan beberapa pengecualian cukai.

"Walaupun kita mungkin mempunyai perbezaan, kita sangat bersikap terbuka.

"Saya kata jika kita berikan pengecualian cukai, kita ingin mereka memberi jaminan bahawa mereka akan mengambil setiap langkah yang mungkin untuk tidak membuang pekerja media.

"Tidak kira perbezaan, kita mahu berhujah berdasarkan fakta, mari kita berhujah. Kita tidak mahu melihat ada yang kehilangan kerja," kata Lim pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini, akhbar berbahasa Melayu paling lama, Utusan Malaysia telah menamatkan operasinya pada 9 Oktober, dengan akhbar Kosmo juga menghadapi nasib yang sama.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS