Pencetus berita dan berita terhangat 2019 - anda tentukan
UNDIAN | Menjadi tradisi, setiap Disember Malaysiakini akan menyorot kembali berita-beritanya sepanjang tahun.
Seperti tahun lalu, kami memberikan peluang kepada pembaca untuk memutuskan 10 berita pilihan mereka untuk 2019. Terdapat 24 berita utama disenaraikan secara rawak untuk diundi.
Undian boleh dilakukan dengan memilih mata 0 untuk terendah dan 10 tertinggi. Silakan mengundi sebelum kita memasuki tahun baru 2020 yang dinanti-nantikan.
Jangan lupa juga mengundi “Pencetus berita 2019”.
Peringatan - pencetus berita tidak semestinya seorang individu popular.
Dia mestilah konsisten muncul di dada akhbar dan mencetuskan perbahasan awam serta memberi kesan pada politik Malaysia - tak kira sama ada ke arah lebih baik atau lebih buruk.
Kami menyenaraikan 17 calon untuk dipilih.
Nilai para menteri?
Tahun ini kami memperkenalkan undian baru untuk mengetahui penilaian pembaca terhadap kesemua ahli kabinet kerajaan baru Pakatan Harapan.
Pengundian akan ditutup pada tengah malam 26 Disember dan keputusannya akan diumumkan bermula 29 Disember.
Klik untuk undi:

