Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis nasihat gugurkan segmen baju renang kerana 'sensitif'

Pihak polis mengesahkan memberi nasihat kepada penganjur untuk menggugurkan segmen pakaian renang dalam pertandingan ratu cantik Miss Astro Chinese International Pageant 2019.

Polis Sentul bagaimanapun menegaskan mereka hanya menasihati, bukan membatalkan acara itu.

“Saya hanya bagi nasihat, bukan batal. Guna perkataan yang betul.

“Itu bukan kuasa saya (untuk batalkan),” kata Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah.

Sebuah akhbar Cina semalam melaporkan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) melarang segmen pakaian renang dalam Miss Astro Chinese International Pageant 2019 yang sepatutnya disiarkan langsung di Astro.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Shanmugamoorthy berkata nasihat kepada penganjur itu diberikan melalui DBKL.

Beliau juga berkata terpulang kepada penganjur untuk mempertimbangkan nasihatnya itu.

Shanmugamoorthy juga berkata nasihat itu dibuat kerana ia melibatkan perkara sensitif.

“Itu kita kena ikut sensitivitilah juga,” katanya.

Lihat Komen
ADS