141 mangsa banjir masih ditempatkan di PPS Sabah
Diterbitkan: Dec 23, 2019 12:40 PM
Jumlah mangsa banjir dari beberapa kampung di Beaufort dan Membakut, Sabah yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Selagon setakat pukul 8.00 pagi ini berjumlah 141 orang daripada 51 keluarga.
Agensi Pertahanan Awam Malaysia Sabah dalam kenyataan memaklumkan bahawa jumlah itu menampakkan penurunan ketara jika dibandingkan 450 mangsa daripada 160 keluarga yang dipindahkan ke PPS berkenaan, semalam.
PPS di Dewan Selagon, Beaufort dibuka pada pukul 6.15 petang, Khamis selepas lebih 10 buah kampung di Beaufort dan 20 kampung di Membakut terjejas berikutan hujan berterusan di kawasan berkenaan.
Beberapa jalan yang menghubungkan kampung yang terjejas banjir kini beransur pulih dan boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.
-Bernama

