Banjir di Segamat telah pulih namun 343 orang daripada 81 keluarga masih berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Johor Bahru kerana rumah mereka masih digenangi air 'banjir termenung' para paras kira-kira 0.3 meter.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri Tan Chen Choon menerusi kenyataan berkata setakat 8 pagi ini, kesemua mereka masih berada di sembilan pusat pemindahan sementara yang dibuka secara berperingkat sejak 15 Dis lepas.

Kesemua yang terjejas melibatkan penduduk dari Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Pogoh, Kampung Gemereh, Kampung Spang Loi, Kampung Kuala Paya, Kampung Tandong, Kampung Sanglang, Kampung Kuing Patah dan Kampung Bukit Tunggal dalam Mukim Gemereh, Pogoh, Jementah serta Buloh Kasap.

Beliau berkata ketika ini, cuaca di Segamat.


-Bernama