Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pengawal Revolusi Iran tahan 16 anak kapal warga Malaysia

Enam belas rakyat Malaysia dilaporkan ditahan Pegawai Revolusi Iran kerana disyaki cuba menyeludup bahan api.

Penahanan itu berlaku selepas Iran merampas satu kapal tak bernama dan menyita 1.3 juta liter minyak yang disyaki diseludup, kira-kira 15 batu nautika dari Pulau Abu Musa.

“Seramai 16 kru kapal warganegara Malaysia telah ditahan,” kata komander laut unit itu bagi rantau berkenaan, Brig Jen Ali Ozmayi yang dipetik AFP.

Iran berkata kapal tersebut merupakan kapal keenam dirampas pihaknya kerana disyaki menyeludup bahan api.

Berdasarkan laporan AFP, pada September lalu Iran juga merampas sebuah bot bersama 12 kru warganegara Filipina kerana disyaki melakukan penyeludupan.

Dua lagi kes serupa turut berlaku pada Julai lalu.

Sementara itu Menteri Luar, Saifuddin Abdullah, berkata setakat ini beberapa maklumat baru sudah diperolehi kerajaan namun ia masih perlukan pengesahan.

Katanya, identiti rakyat Malaysia yang ditahan Iran itu belum dikenal pasti.

"Kenyataan rasmi berhubung perkara ini akan dikeluarkan Wisma Putra nanti,” katanya. 

Lihat Komen
ADS