Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis siasat kes pecah tabung surau di Putrajaya

Seorang lelaki memecah tabung sumbangan Surau Apartment Pudina Presint 17 di Putrajaya awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata polis menerima laporan kejadian itu kira-kira 9.48 pagi tadi daripada seorang ahli jawatankuasa keselamatan surau itu mengenai dua tabung sumbangan yang diletakkan di luar surau telah dipecahkan.

Beliau berkata kamera litar tertutup (CCTV) apartment itu merakam kelibat seorang lelaki sedang memecahkan tabung surau itu pada 5 pagi.

"Rakaman CCTV itu akan di hantar ke forensik untuk dianalisis," katanya.

Beliau berkata kes sedang disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS