Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Shafie: Rakyat lebih penting, jangan gaduh siapa mahu jadi PM

PRK KIMANIS | Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal hari ini berkata, masalah dihadapi rakyat lebih penting berbanding isu jawatan perdana menteri.

Berucap ketika kempen pilihan raya kecil (PRK) Kimanis, Shafie berkata beliau pernah tidak sehaluan dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

"Kalau saya nak pangkat tu, saya diam-diam jadi menteri kabinet. Tapi saya tidak, saya jenis yang melawan, saya argue dengan Mahathir, saya pula gaduh dengan Anwar Ibrahim dulu lagi," kata Presiden Warisan itu ketika melancarkan cawangan baru Warisan di Kampung Kimanis.

Calon Warisan, Karim Bujang akan berdepan calon BN, Mohamad Alamin dalam PRK berkenaan. Warisan disokong oleh Pakatan Harapan, yang merupakan sekutu politiknya.

Dalam ucapannya, Shafie menegaskan bahawa keutamaan adalah kepada rakyat.

"Saya bagitahu dengan mereka jangan gaduh siapa mahu jadi PM, yang kita mahu ni orang (rakyat) mahu makan, orang mahu kerja, bukan siapa mahu jadi PM, yang penting kita urus tadbir negara untuk membolehkan supaya negara ini makmur," katanya.

Beliau juga mengulangi ikrar akan memberikan sokongan selagi Mahathir menjadi perdana menteri.

Shafie sebelum ini merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah di bawah pentadbiran BN tetapi digugurkan oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak kerana mempersoalkan mengenai 1MDB.

Sementara itu, Shafie berkata beliau tetap tidak berpuas hati dengan peruntukan khas RM52 juta yang akan diterima oleh Sabah di bawah Belanjawan 2020 berbanding hanya RM26 juta pada masa lalu.

"Saya beritahu Tun M, saya setuju ambil duit (peruntukan) RM52 juta, sebab saya tidak ada duit. Tapi saya mahu supaya kaedah ni kita akan review (kaji semula).

"Ia lebih daripada itu, tapi ini permulaan, sudah ada termaktub dalam perjanjian MA63 (Perjanjian Malaysia 1963), tidak pernah dalam sejarah perkara seumpama ni berubah," tegasnya.

Shafie berkata beliau juga memberitahu Menteri Kewangan Lim Guan Eng untuk mengkaji semula kaedah peruntukan memandangkan Sabah mendapat hasil pelancongan ketiga terbesar di Malaysia.

Lihat Komen
ADS