Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
3 maut, 9 cedera dalam kemalangan dekat Kuala Kangsar

Tiga maut manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah treler, empat kereta dan dua motosikal di Km 246.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan di Kuala Kangsar, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pukul 10.13 malam.

"Kami segera mengerahkan sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar sebaik menerima panggilan bagi kerja-kerja menyelamat," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Bagaimanapun, beliau berkata identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan operasi menyelamat masih giat dijalankan di lokasi kejadian termasuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

- Bernama

Lihat Komen
ADS