Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib 'terkejut', akan semak rakaman klip audio SPRM

Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini berkata beliau memerlukan masa untuk menyemak kandungan rakaman audio yang menggambarkan dirinya bersekongkol dengan seorang pendakwa raya terkemuka.

“Saya terkejut. Saya nak semak dulu. Saya belum semak lagi.

"Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah ... saya akan bincangkannya dengan peguam saya," katanya ketika ditemui di kompleks mahkamah di Kuala Lumpur hari ini.

Najib juga mempersoalkan mengapa rakaman audio itu didedahkan semasa kempen pilihan raya kecil Kimanis di Sabah sedang berlangsung.

Ditanya sama ada rakaman audio mungkin melalui pemintasan panggilan telefon, Najib berkata beliau perlu mengkaji undang-undang mengenai perkara itu.

"Saya perlu kaji undang-undang mengenai perkara ini dan lihat apa yang boleh saya lakukan kerana, pada masa itu (perbualan), saya adalah ketua kerajaan," katanya.

Pagi tadi, SPRM memutarkan beberapa set rakaman audio perbualan yang melibatkan bekas perdana menteri itu dan lain-lain yang disifatkan oleh ketua badan anti rasuah itu Latheefa Koya sebagai kebocoran maklumat daripada SPRM.

Pada sidang akhbar khas di Putrajaya itu, beliau berkata klip audio berkenaan berkaitan dengan perbualan yang melibatkan isteri Najb, Rosmah Mansor, bekas ketua SPRM Dzulkifli Ahmad, seorang tokoh asing dan beberapa individu lain.

Katanya, selaras dengan penyiasatan, SPRM dapat mengesahkan kesahihan mutlak rakaman yang tidak dikenalpasti itu .

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS