Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis beri kelulusan bersyarat himpunan anti-PSS di Kimanis

PRK KIMANIS | Pihak polis memberikan kelulusan bersyarat kepada dua NGO di Sabah yang mahu mengadakan protes bantahan terhadap pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) di Membakut, tiga hari sebelum hari pengundian pilihan raya kecil (PRK) Kimanis pada 18 Jan.

Ahli jawatankuasa Pertubuhan Penambahbaikan Pendidikan Orang Awam Sabah (Pipa), Benjamin Ondoi memberitahu Malaysiakini bahawa pihak polis memberi kelulusan bagi mengadakan protes pada 12 Jan lalu.

Menurut surat yang ditandatangani oleh Ketua Polis Daerah Beaufort, Azmir Abd Razak, pihak penganjur diberitahu agar memastikan peserta himpunan tidak bertindak atau mengeluarkan kata-kata hasutan yang boleh menimbulkan perasaan marah atau pertelingkahan dalam kalangan masyarakat.

Mereka dibenarkan berkumpul di Pekan Lama Membakut dari 9 pagi hingga 11 pagi pada 15 Jan ini.

Bekas anggota parlimen Kimanis, Anifah Aman merupakan penceramah utama protes berkenaan, yang digelar "Himpunan Solidariti Rakyat Bantah PSS".

Tiga penceramah utama lain ialah Ketua Parti Sabah Solidariti Tanah Airku (Star) Jeffrey Kitingan, Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Yong Teck Lee, Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Adun Kinulu, Johniston Bangkuai.

"Kami menjangkakan kira-kira 300 orang akan hadir, tetapi lagi ramai lagi meriah," kata Benjamin.

Bantahan itu dianjurkan oleh Pipa dan Solidariti Rakyat Sabah (Sorak).

Memetik laporan berita tentang perbuatan jenayah dan kesalahan yang melibatkan imigran, Benjamin menimbulkan kebimbangan mengenai ancaman keselamatan.

Katanya, kerajaan perlu menghantar mereka kembali ke Filipina atau Indonesia.

"Kami tidak menentang mereka, tetapi mereka masih boleh memasuki Sabah menggunakan pasport," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS