Dua hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan minggu depan untuk mendengar hujah bagi menentukan sama ada mereka terikat dengan deklarasi hakim lain berhubung keilatan dan percanggahan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 - atau Sosma - 2002.

Penggulungan itu akan dibuat berdasarkan kepada ketetapan yang menghalang mahkamah daripada mempertimbangkan permohonan ikat jamin bagi kes-kes berkaitan pertubuhan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Hakim Muhammad Jamil Hussin menetapkan 23 Januari sebagai tarikh pendengaran untuk peguam bela Adun Seremban Jaya, P Gunasekaran, dan pihak pendakwaan untuk mengemukakan hujah berkaitan pengisytiharan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 Nov bahawa Seksyen 13 Sosma adalah tidak selaras dengan perlembagaan.

Seorang lagi hakim, Ahmad Shahrir Mohd Salleh, pula menetapkan 24 Jan untuk mendengar hujah berkaitan isu sama membabitkan Adun Gadek, G Saminathan.

Beliau membuat keputusan tersebut selepas mendengar permohonan ikat jamin untuk Saminathan pagi tadi.

Semalam satu lagi kes berkaitan LTTE - membabitkan operator restoran, B Subramaniam - hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata mahkamahnya tidak terikat dengan ketetapan dibuat hakim mahkamah tinggi lain berkenaan Seksyen 13 Sosma.

Beliau kemudian menetapkan 29 Jan ini untuk menyampaikan penghakiman sama ada peruntukan itu dianggap tidak sah atau sebaliknya.

Ia tetap wujud

Hakim-hakim terbabit merujuk kepada keputusan dibuat seorang lagi hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang memutuskan seksyen berkenaan tidak sah kerana melanggar doktrin pemisahan kuasa di antara pihak eksekutif, badan kehakiman dan perundangan untuk mengambil alih kuasa mahkamah bagi membenarkan ikat jamin ke atas suspek kes berkaitan keganasan.

Hari ini Jamil mengarahkan peguam bela Gunasekaran, Ramkarpal Singh, serta Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi untuk mengemukakan isu berkenaan pada 23 Jan ini.

Apabila Jamil bertanya Saifuddin sama apakah pendirian Peguam Negara, Tommy Thomas, mengenai seksyen 13 Sosma itu, DPP terbabit berkata, ia selaras dengan ketetapan dibuat Mohd Nazlan, justeru pihak pendakwaan tidak mengemukakan rayuan ke atasnya.

Jamil: Walaupun pendirian peguam negara seksyen 13 bercanggah dengan perlembagaan, tetapi ia masih ada dan mahkamah mesti mengambil kira?

Saifuddin: Seksyen 13 masih ada (dalam Sosma).

Jamil kemudian menyatakan terdapat peruntukan yang menyatakan peruntukan tertentu (Seksyen 13 Sosma) boleh menindih peruntukan umum (peruntukan mengenai pemberian jaminan bagi kesalahan tidak boleh dibawah Seksyen 388 Kanun Prosedur Jenayah).

Menurut undang-undang itu, kesalahan yang tidak boleh diikat jamin adalah membabitkan budi bicara mahkamah untuk membenarkan atau menolak ikat jamin tertuduh.

Saminathan (kiri) dan Gunasekaran

Ramkarpal kemudian berhujah disebabkan pendakwaan tidak merayu keputusan Mohd Nazlan, ia menyebabkan Seksyen 13 tidak lagi dikuatkuasakan.

"Dengan tidak merayu keputusan Mohd Nazlan tidak merayu, peruntukan itu (Seksyen 13) tidak lagi dikuatkuasakan.

"Sebaik sahaja diisytiharkan tidak menigikut berperlembagaan, ia tetap wujud melainkan jika ia diketepikan atas rayuan (kepada Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan).

"Pengisytiharan (Mohd Nazlan) berkuat kuasa apabila bahagian itu diisytiharkan tidak mengikut perlembagaan.

"Tidak ada lagi anggapan bahawa seksyen ini mematuhi perlembagaan sehingga satu lagi (undang-undang berasingan) cabaran berlaku untuk mengisytiharkan ia selaras dengan perlembagaan.

"Peruntukan itu (Seksyen 13) tidak lagi wujud, ia telah dibatalkan (oleh ketetapan Mohd Nazlan)," kata Ramkarpal.

Saifuddin memaklumkan pihak pendakwa mematuhi pendirian Thomas bahawa Seksyen 13 kini merupakan undang-undang yang tidak sah dan mereka hanya akan berhujah mengenai merit sama ada jaminan harus dibenarkan atau dinafikan kepada mereka yang dituduh melakukan kesalahan keganasan.

Jamil kemudiannya mengingatkan kedua-dua pihak, dalam isu keabsahan sesuatu undang-undang bertulis, keputusan sesuatu mahkamah tinggi tidak mengikat mahkamah lain kerana ia mempunyai bidang kuasa setara.

Katanya mahkamah tersebut hanya terikat dengan keputusan dari mahkamah lebih tinggi seperti Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

"Sila hantar hujah lebih lanjut mengenai isu ini untuk membantu saya, berdasarkan pengisytiharan (oleh mahkamah tinggi) yang tidak diketepikan atas rayuan (kepada Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) di mahkamah tinggi yang lain," katanya dan menetapkan 23 Jan untuk mendengar hujah mereka.

[Baca berita asal]