Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan keputusan kerajaan untuk mengekalkan status pemilikan Plus Malaysia Berhad.

Dr Mahathir berkata keputusan tersebut diambil selepas mengambil kira semua cadangan yang dibuat oleh beberapa pihak yang terlibat sebelum dan memutuskan untuk menjual konsesi lebuh raya itu.

“Saya ada tengok kertas kerja dikemukakan Pengerusi Kumpulan Maju Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Abu Sahid Mohamed dan kita (Kabinet) kaji semua permohonan daripada pihak lain.

“Bagaimanapun, keputusan terbaik adalah mengekalkan Plus di bawah Khazanah dan KWSP,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Yayasan AlBukhary di Kuala Lumpur, hari ini.

Mahathir berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi Maju Holdings Abu Sahid Mohamed menyifatkan Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Shahril Ridza Ridzuan sebagai "pembohong" beberapa jam selepas Putrajaya mengumumkan keputusan tidak menjual konsesi lebuh raya terpanjang di negara ini.

Abu Sahid Mohamed yang juga mengetuai syarikat pengendali lebuh raya Maju Express dipetik FMT berkata keputusan Khazanah enggan menjual Plus itu “bodoh.”

Beliau juga dilaporkan mempertikaikan kenapa pihaknya tidak dimaklumkan meskipun syarikatnya dipelawa melakukan tawaran.

Awal hari ini Pejabat Perdana Menteri mengumumkan bahawa caj tol bagi pengguna kenderaan persendirian yang memasuki lebuh raya kendalian PLUS akan dikurangkan sebanyak 18 peratus berkuat kuasa 1 Feb dan tidak akan ada kenaikan tol sehingga 2058.

Keputusan berkaitan perkara itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet pada 15 Januari lalu.

Lihat Komen
ADS