mk-logo
Berita
Pengarah jabatan perpaduan P Pinang, anak akan didakwa SPRM esok

Seorang Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Pulau Pinang, serta anaknya akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang.

Mereka yang akan dituduh ialah Mohd Saidi Midin dan anaknya Mohd Al-Azhim.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin mendakwa, bagi menuduh kedua-dua mereka pada 9 pagi esok.

“Masing-masing bakal menghadapi satu pertuduhan mengikut Akta SPRM 2009,” demikian menurut kenyataan SPRM di Kuala Lumpur.

SPRM berkata kesemua maklumat selanjutnya berkaitan kes ini akan dimaklumkan esok, selepas pertuduhan dibacakan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS