Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
46 pemimpin PKR gesa henti tindakan pada Zuraida
Diterbitkan:  Jan 22, 2020 10:16 PM
Dikemaskini: 2:40 PM

Empat puluh enam pemimpin PKR hari ini mengeluarkan kenyataan bersama membidas apa yang mereka dakwa merupakan "usaha terancang" untuk menggagalkan muafakat dalam parti.

Mereka juga menggesa agar parti menghentikan tindakan ke atas Naib Presiden Zuraida Kamaruddin.

Mereka menyorot bahawa beberapa pemimpin PKR, termasuk timbalan presiden parti, Mohamed Azmin Ali dan penyokongnya, telah memutuskan untuk kembali ke meja mesyuarat Biro Politik pada 8 Januari 2020.

Azmin merupakan antara pemimpin PKR yang tidak hadir dalam mesyuarat biro politik untuk tempoh yang lama. Ketidakhadiran Azmin itu ketika beliau dilihat berselisih dengan presiden parti, Anwar Ibrahim.

"Menyusuli mesyuarat tersebut, timbalan presiden telah memberikan kenyataan umum bahawa tahun 2020 harus dimulakan dengan membuka lembaran baru, memperkukuhkan sikap saling hormat menghormati dan persefahaman demi perpaduan parti.

"Namun, kami, ahli-ahli MPP yang dipilih bersama ahli-ahli parlimen dan ahli-ahli dewan undangan negeri berasa kesal kerana terdapat usaha terancang untuk mengagalkan muafakat ini melalui tindakan-tindakan provokatif," kata mereka dalam kenyataan media bersama malam ini.

Antara provokasi itu, kata mereka adalah "aksi demonstrasi" oleh beberapa pihak di hadapan ibu pejabat parti pada 18 Jan lalu dan di luar pejabat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 21 Jan lalu.

Selain itu, mereka juga membidas perlucutan tujuh orang pimpinan AMK Pusat melalui surat bertarikh 15 Jan yang menurut mereka, "menyalahi peraturan dan melanggar proses dalam parti".

"Tindakan ini juga mencabuli prinsip perlembagaan parti dan proses demokrasi kerana mereka merupakan pimpinan yang dipilih secara sah oleh akar umbi dalam pemilihan parti.

"Perlucutan mereka merupakan pengkhianatan kepada suara akar umbi dalam PKR," kata kenyataan media itu.

Tambah kenyataan itu lagi, kenyataan terbuka beberapa Pengerusi Majlis Pimpinan Neger pada 19 Jan lalu yang mendesak pemecatan Zuraida mengeruhkan lagi keadaan.

"Tindakan mengeluarkan Notis Tunjuk Sebab kepada Zuraida oleh Jawatankuasa Disiplin turut menambah ketegangan dalam parti.

"Justeru, kami berpendirian bahawa tindakan dan tekanan mendesak pemecatan Zuraida adalah bermotifkan ‘mala fide’ kerana cemburu terhadap kejayaan dan ketokohan beliau sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"....Tekanan dan gangguan terhadap beliau merupakan tindakan selektif, berat sebelah dan berprasangka buruk.

"Tindakan ini hanya ditujukan terhadap sesetengah anggota parti tanpa menghiraukan beberapa tindakan provokatif lain yang dilakukan oleh beberapa pimpinan dan anggota lain yang berterusan mengeluarkan kenyataan yang memecah-belahkan parti," kata mereka.

Mereka menegaskan "tindakan selanjutnya" akan diambil sekiranya tindakan disiplin terhadap Zuraida tidak dihentikan

"Kami akan membincangkan tindakan selanjutnya berdasarkan prinsip-prinsip perjuangan PKR.

"Maka, presiden dan pimpinan PKR bertanggungjawab untuk memainkan peranan menerajui tahun 2020 dengan semangat dan iltizam baru yang memberi fokus kepada usaha penyatuan dan menyemarak perpaduan parti," kata mereka.

Daripada 46 penandatangan, 38 adalah wakil yang dipilih.

Pada 18 Jan, Zuraida diberikan surat tunjuk sebab oleh lembaga disiplin PKR, tetapi alasan surat itu diberikan tidak didedahkan.

Zuraida menggambarkan bahawa surat tersebut mungkin berkaitan dengan ucapannya pada Disember yang mengkritik Anwar.

Daripada 46 penandatangan, 38 adalah wakil yang dipilih.

Pada 18 Jan, Zuraida diberikan surat tunjuk sebab oleh lembaga disiplin PKR, tetapi alasan surat itu diberikan tidak didedahkan.

Zuraida menggambarkan bahawa surat tersebut mungkin berkaitan dengan ucapannya pada Disember yang mengkritik Anwar.

Empat puluh enam pemimpin PKR yang disenaraikan dalam kenyataan media bersama itu ialah:

1) Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden PKR
Ahli Parlimen Gombak/Adun Bukit Antarabangsa

2) Zuraida Kamaruddin
Naib Presiden PKR
Ahli Parlimen Ampang

3) Chua Tian Chang
Naib Presiden PKR

4) Ali Biju
Naib Presiden PKR
Ahli Parlimen Saratok

5) Baru Bian
Ahli Parlimen Selangau/Adun Ba'kelalan

6) Saifuddin Abdullah
Ahli MPP
Ahli Parlimen Indera Mahkota

7) Amiruddin Shari
Ahli MPP
Adun Batu Caves

8) Hilman Idham
Timbalan Ketua AMK
Adun Gombak Setia

9) Haniza Talha
Ketua Wanita PKR
Adun Lembah Jaya

10) Mohamad Rashid Hasnon
Ahli MPP
Ahli Parlimen Batu Pahat

11) R Sivarasa
Ahli MPP
Ahli Parlimen Subang

12) Rahimah Majid
Ahli MPP

13) Zakaria Abdul Hamid
Ahli MPP

14) Radzlan Jalaluddin
Ahli MPP

15) Dr Mansor Othman
Ahli MPP
Ahli Parlimen Nibong Tebal

16) Kamaruddin Jaafar
Ahli MPP
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak

17) Hee Loy Sian
Ahli MPP
Adun Kajang

18) Elizabeth Wong
Ahli MPP
Adun Bukit Lanjan

19) Edmund Santhara
Ahli MPP
Ahli Parlimen Segamat

20) Azmizam Zaman Huri
Ahli MPP
Adun Pelabuhan Klang

21) Gan Pei Nei
Ahli MPP

22) Jugah Anak Muyang
Ahli Parlimen Lubok Antu

23) Steven Chong Shiao Yoon
Ahli Parlimen Tebrau

24) Willie Mongin
Ahli Parlimen Puncak Borneo

25) Jonathan Yasin
Ahli Parlimen Ranau

26) See Chee How
Adun Batu Lintang

27) Khairuddin Othman
Adun Paya Jaras

28) Juwairiya Zulkifli
Adun Bukit Melawati

29) Dr Daroyah Alwi
Timbalan Ketua Wanita PKR
Adun Sementa

30) Borhan Aman Shah
Adun Dengkil

31) Halimey Abu Bakar
Adun Seri Setia

32) Dr Chong Fat Full
Adun Pemanis

33) Dr Rafaie
Adun Ampangan

34) Lee Khai Loon
Adun Machang Bubok

35) Dr Afif Bahardin
Adun Seberang Jaya

36) Zulkifli Ibrahim
Adun Sungai Acheh

37) Dr Azman Nasruddin
Adun Lunas

38) Dr Robert Ling
Adun Sidam

39) Jailani Khamis
Adun Rembia

40) Yunus Jamhari
Adun Kuala Kurau

41) Jaffari Waliam
Adun Lantikan Sabah

42) Ginie Lim
Adun Machap

43) Gan Ay Ling
Adun Indera Kayangan

44) Maria Chin Abdullah
Ahli Parlimen Petaling Jaya

45) Amar Pritpal Abdullah
Adun Sungai Bakap

46) Yeoh Keng Chuan
Adun Kulim

Lihat Komen
ADS