Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas Pengarah Urusan Sistem Penerbangan Malaysia (kini dikenali sebagai Malaysia Airlines) Dr Abdul Aziz Abdul Rahman, 86, meninggal dunia semalam, akibat komplikasi kanser.

Perkara itu disahkan melalui catatan Facebook anak Allahyarham Anita Azrina, yang turut memaklumkan bapanya meninggal dunia pada pukul 11.51 malam.

"Doakan Allah redha, beri keampunan dan rahmati ayahanda Abd Aziz dan dipermudahkan segala urusan seluruh keluarga kita semua," katanya dalam catatan itu.

Allahyarham yang menghidap kanser esofagus, meninggal dunia di sebuah hospital swasta dan jenazah di bawa ke Masjid Saidina Umar Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada pukul sembilan pagi untuk disolatkan, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Abdul Aziz mula menyertai syarikat penerbangan itu pada April 1971 sebagai Setiausaha Syarikat/ Pengarah Hal Ehwal Undang-Undang MAS, sebelum dilantik sebagai Pengarah Urusan pada 1982 dan bersara pada 1991.

Sementara itu, Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

"Salam takziah buat seisi keluarga Allahyarham...jasa kamu (Allahyarham) akan dikenang oleh warga pekerja MAS," menurut catatat Facebook kesatuan itu.

-Bernama

Lihat Komen
ADS