K’jaan sedia pakej rangsang ekonomi jika perlu - Lim
Diterbitkan: Jan 30, 2020 2:04 PM
Kerajaan sudah bersedia untuk melancarkan pakej rangsangan ekonomi jika perlu, walaupun masih terlalu awal untuk menilai impak 2019 Novel Koronavirus ke atas ekonomi, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
“Pada masa ini, masih terlalu awal untuk kerajaan bertindak kerana ia perlu mengkaji dan menganalisis impak ke atas ekonomi,” katanya.
“Yang penting kini ialah beri tumpuan dan sokongan terhadap usaha dan tindakan yang diambil oleh Kementerian Kesihatan bagi memastikan Malaysia selamat dan bebas daripada virus berkenaan,” katanya pada sidang media di kuala Lumpur.
Malaysia mencatat tujuh kes disahkan koronavirus, kesemunya membabitkan warga China.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.