Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Laporan: Askar Thai mengamuk ditembak mati - Sumber keselamatan
Diterbitkan:  Feb 9, 2020 12:05 PM
Dikemaskini: 9:21 AM

GLOBAL | Pihak keselamatan Thailand menembak mati seorang anggota tentera selepas dia mengamuk dengan melepaskan tembakan di kawasan terbuka di beberapa lokasi di Nakhon Ratchasima, di wilayah timur laut negara itu, yang meragut 26 nyawa dan 56 yang lain cedera.

Laporan Reuters memetik sumber pasukan keselamatan polis dan tentera mengatakan askar itu ditembak di sebuah kompleks beli-belah.

"Polis telah menembak pelaku dan menyelamatkan lapan tebusan. Ada yang cedera," kata salah seorang sumber keselamatan.

Kedua-dua sumber itu, kata Reuters enggan menamakan diri mereka kerana tidak dibenarkan bercakap dengan media.

Kejadian bermula kira-kira pukul 3 petang pada hari Sabtu apabila askar tersebut melepaskan tembakan di sebuah rumah sebelum pergi ke sebuah kem tentera dan kemudian ke pusat membeli-belah di Nakhon Ratchasima di timur laut Thailand.

Menurut laporan Al Jazeera yang memetik agensi AFP, askar itu yang identitinya dikenal pasti sebagai Sarjan Mejar Jakapanth Thomma, menggunakan mesingan.

"Seorang lelaki bersenjata menggunakan mesingan dan menembak mangsa tidak bersalah menyebabkan ramai yang cedera dan mati," kata seorang jurucakap polis seperti dipetik laporan itu.

Menurut laporan itu, Jakapanth melarikan sebuah kenderaan bersenjata dan memuat naik gambar dan video yang memaparkan dirinya dengan kelengkapan taktikal, sambil melakukan serangan.

Antara video dan gambar yang dimuat naik memaparkan orang ramai melarikan diri dan bunyi semacam tembakan senjata automatik.

Sementara itu, Reuters melaporkan Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha (gambar, atas) hari ini hadir ke wilayah Nakhon Ratchasima bagi bertemu mangsa yang tercedera.

"Ia konflik peribadi... berkenaan urus niaga rumah," kata beliau.

Menjelaskan lanjut, Prayuth memaklumkan konflik itu antara askar berkenaan dengan ahli keluarga kepada pegawai memerintahnya.

Dilaporkan, pegawai memerintah terbabit antara salah seorang yang dibunuh sebelum askar itu bergerak ke kompleks beli-belah Terminal 21 dan melepaskan tembakan.

'Belanja duit tu di neraka'

Sehari sebelum serangan itu, Jakrapanth membuat hantaran di akaun Facebooknya yang mengutuk orang tamak.

"Kaya dengan menipu. Mengambil kesempatan daripada orang lain. Adakah mereka fikir mereka boleh belanja duit itu di neraka?" Catatnya dalam bahasa Thai.

Dia kemudian memuatkan kemas kini bertulis semasa serangan itu.

"Kematian tidak dapat dielakkan untuk semua orang," tulisnya yang selanjutnya mengadi mengenai jemari tangannya yang kejang.

Kemudian, dia bertanya: "Perlukah aku berputus asa?"

Selepas beberapa jam kompleks beli-belah itu ditawan, Facebook telah membuang akaun suspek.

Lihat Komen
ADS