Tamrin Abdul Ghafar, anak bekas timbalan perdana menteri Abdul Ghafar Baba, telah dipanggil ke Bukit Aman untuk disoal siasat esok.
Ia susulan kenyataan yang dibuatnya dalam sebuah artikel mengenai putera mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
"Jam 11 pagi (esok) saya dipanggil (hadir) ke Bukit Aman bagi memberi kenyataan berhubung tulisan saya bertajuk 'TMJ - Bodoh Sombong Yang Tak Boleh Diajar'," kata Tamrin dalam satu kenyataan.
Dalam artikel yang dimuat naik pada 1 Feb di blognya itu, Tamrin antara lain membidas kenyataan Tunku Ismail yang menurutnya ditujukan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Thamrin sebelum ini bersama Umno tetapi menyertai PAS pada 2012.
Bagaimanapun, beliau meninggalkan PAS selepas perpecahan Pakatan Rakyat.
