Tiada wanita Vietnam dilelong, kata polis
Terjemahan Pihak polis yang membawa wartawan sebuah akhbar bahasa Cina ke pasar tempat seorang wanita rakyat Vietnam didakwa dilellong, berkata perkara tersebut tidak pernah berlaku.
Terjemahan Pihak polis yang membawa wartawan sebuah akhbar bahasa Cina ke pasar tempat seorang wanita rakyat Vietnam didakwa dilellong, berkata perkara tersebut tidak pernah berlaku.
Dua orang dipetik dalam laporan akhbar tersebut memberitahu pihak polis yang mereka tidak pernah bercakap dengan wartawan.
"Tidak ada lelong. Mereka juga tidak ingat bercakap dengan wartawan tersebut," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Hadi Ho Abdullah dalam laporan akhbar New Straits Times.
"Tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan lelong itu berlaku, atau sama ada wanita yang disebut itu sebenarnya seorang rakyat Vietnam," katanya.
Pada 2 Mei lalu, akhbar Guang Ming melaporakan bahawa seorang wanita Vietnam telah dilelong di Pasar Kampung Sungai Terentang di Gombak, yang turut dipetik oleh media asing yang wanita itu telah dijual kepada seorang lelaki berusia 60 tahun dengan harga for RM18,000.
Hanya khabar angin
Berikutan itu, Kedutaan Vietnam telah menghantar memo bantahan kepada kerajaan Malaysia berhubung perkara tersebut.
Pengerusi Kesatuan Wanita Vietnam, Ha Thi Khiet, juga menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai "satu tindakan yang menghina kehormatan dan maruah wanita".
Bagaimanapun, pegawai polis dari Gombak yang membawa wartawan berkenaan ke pasar aitu semalam, mendapati bahawa laporan tersebut berpunca daripada khabar angin.
Wanita tersebut, kata pihak polis, datang membantu seorang penjual perkakas dapur berniaga di pasar tersebut dan mereka beredar dari situ empat jam kemudiannya.
Selepas itu tersebar khabar angin ahawa wanita tersebut, yang dikatakan seorang wanita Vietnam, telah lelong. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.