Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Koronavirus: Angka kematian kini meningkat kepada 908

Angka kematian akibat wabak koronavirus baru di tanah besar China meningkat kepada 908 orang pada Ahad, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) semalam.

Bilangan kematian baru pada Ahad meningkat sebanyak 97,  kata NHC dalam satu kenyataan di laman webnya, yang menunjukkan peningkatan setiap hari.

Wilayah Hubei, yang menjadi pusat permulaan wabak itu, melaporkan 91 kematian pada Ahad, manakala di ibu kota wilayahnya, Wuhan, merekodkan 73 kematian. 

Jumlah jangkitan baru yang disahkan di tanah besar China pada Ahad juga meningkat, selepas merosot pada hari Sabtu buat kali pertama sejak 1 Feb.

Terdapat 3,062 jangkitan baru yang disahkan pada Ahad di seluruh  China, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini adalah sebanyak 40,171 kes.

- Reuters

Lihat Komen
ADS