Diplomasi penyelesaian terbaik krisis nuklear Iran
Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata hari bahawa pendekatan diplomasi adalah merupakan penyelesaian tebaik bagi menangani krisis program nuklear Iran.
Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata hari bahawa pendekatan diplomasi adalah merupakan penyelesaian tebaik bagi menangani krisis program nuklear Iran.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengadakan perbincangan dengan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad ketika menghadiri sidang kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8) di pulau peranginan Bali di Indonesia.
Selain Malaysia, Indonesia dan Pakistan, D8 juga dianggotai Iran, Bangladesh, Turki, Mesir dan Nigeria. D8 ditubuhkan di Istanbul pada 1997 bagi meningkatkan kerjasama perdagangan dan mewujudkan kesejahteraan yang lebih baik kepada 700 juta penduduk di semua negara itu
"Kami sentiasa yakin bahawa dialog adalah cara terbaik," kata Syed Hamid kepada pemberita selepas pertemuan antara Abdullah dan Mahmoud.
"Penyelesaian diplomasi merupakan penyelesaian terbaik. Kita tidak seharusnya mencetus satu lagi krisis," tambahnya.
Iran berkeras mengatakan bahawa program nuklear tersebut adalah untuk tujuan keamanan untk menjana tenaga elektrik, tetapi pihak barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat mengesyaki Tehran menggunakannya untuk membuat senjata.
Tekanan ekonomi
Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, Perancis dan Jerman mahukan resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk mengenakan tekanan ekonomi dan kemungkinan tindakan ketenteraan diambil terhadap Iran.
Bagaimanapun, mereka menghadap tentangan dari China dan Russia, yang mempunyai hubungan ekonomi yang rapat dengan Tehran.
Awal bulan ini, Abdullah dan Presiden President George W Bush bersetuju perlunya krisis tersebut diselesaikan melalui pendekatan diplomasi, walaupun Amerika tidak menolak kemungkinan menggunakan tindakan ketenteraan.
Malaysia kini mempengerusikan Persidangan Pertubuhan Islam pertubuhan terbesar negara-negara Islam dengan 57 anggota.
- AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.