Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis siasat 15 individu berhubung SD Azilah
Diterbitkan:  Feb 10, 2020 6:59 PM
Dikemaskini: 10:59 AM

Polis telah mengambil keterangan 15 saksi berhubung siasatan Akuan Berkanun (SD) bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Azilah Hadri yang mengaitkan bekas Perdana Menteri Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (Risikan dan Operasi) Mohd Roze Shaari berkata lebih ramai saksi akan dipanggil.

"Saksi-saksi lain yang telah dikenal pasti pula akan dipanggil, bagi melengkapkan siasatan sebelum permohonan Azilah untuk mengkaji semula hukuman matinya (difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan dijadualkan didengar pada 20 April 2020)," katanya.

Pada bulan Oktober tahun lalu, Azilah menandatangani satu pernyataan bersumpah yang mendakwa bahawa beliau bertindak membunuh Altantuya Shaariibuu dari Mongolia pada tahun 2006 atas arahan bekas timbalan perdana menteri ketika itu, Najib Razak.

Azilah mendakwa dia dan pegawai polis Sirul Azhar Umar hanya mengikuti arahan “shoot to kill” (tembak mati) sebagai anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis.

Perincian itu dimasukkan dalam permohonan yang difailkan Azilah kepada Mahkamah Persekutuan bagi menyemak semula keputusan bersalah dan hukuman mati terhadapnya.

 [Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS