Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Industri hotel Malaysia rugi RM40 juta akibat koronavirus
Diterbitkan:  Feb 12, 2020 12:02 PM
Dikemaskini: 4:29 AM

Wabak koronavirus atau nama rasminya Covid-19 menyebabkan industri hotel di Malaysia menanggung kerugian RM40 juta.

Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Tan Kok Liang dipetik Sinar Harian mengesahkan sebanyak 95,000 tempahan hotel telah dibatalkan sejak wabak koronavirus muncul.

Majoriti pembatalan tempahan itu melibatkan pelancong daripada China selepas kerajaan China menghalang agensi pelancongan membawa rakyat mereka ke Malaysia, katanya.

Wabak koronavirus telah menjangkiti lebih 43,000 orang dan mengorbankan lebih 1,000 nyawa setakat ini.

Hubei, wilayah di China yang menjadi pusat wabak berkenaan, mencatatkan jumlah kes terbaru paling rendah sejak 31 Jan.

Reuters hari ini memetik penasihat kerajaan China berhubung Covid-19, Zhong Nanshan, sebagai berkata jumlah kes baru berkurang di beberapa wilayah dan meramalkan wabak itu akan berakhir pada April.

 

Lihat Komen
ADS