Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zuraida: Saya tak terlibat tandatangan SD sokong Dr M

Zuraida Kamaruddin yang sedang bercuti daripada jawatan sebagai naib presiden PKR menegaskan beliau tidak terbabit dengan tindakan sekumpulan anggota parlimen (MP) yang didakwa telah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai perdana menteri.

Zuraida berkata beliau tidak mengetahui tentang kesahihan berita yang mendakwa sebanyak 138 MP pembangkang dan kerajaan termasuk 26 MP daripada PKR telah menandatangani SD berkenaan.

“Saya tidak ada kepastian mengenai kesahihan berita berkenaan. Saya tidak tahu berhubung SD, hanya Allah (SWT) sahaja yang tahu.

“Apapun saya tidak terbabit dengan SD. Kalau benda lain banyaklah yang saya tandatangan, sekejap tadi baru tandatangani plak,” katanya berseloroh kepada pemberita selepas merasmikan Pasar Siti Sarah di Selising di Pasir Puteh, hari ini.

Hari ini, sebuah portal berita berbahasa Inggeris melaporkan sebanyak 138 MP telah menandatangani SD bagi menyokong supaya Dr Mahathir kekal sebagai perdana menteri sehingga tamat penggal pentadbiran kerajaan semasa.

Portal itu melaporkan ia antaranya membabitkan 18 MP PAS, 26 MP PKR, sekurang-kurangnya 13 daripada 39 MP Umno dan 26 MP Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

- Bernama

Lihat Komen
ADS