Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Kondo runtuh: 2 mangsa berjaya dikeluarkan, kini dirawat di HKL
Diterbitkan:  Feb 14, 2020 10:07 PM
Dikemaskini: 3:44 PM

KEMASKINI 11.35 PM | Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) memaklumkan mangsa kedua yang terperangkap dalam runtuhan sebahagian binaan di Taman Desa, Kuala Lumpur petang tadi, telah berjaya diselamatkan.

Dalam satu kenyataan sebentar tadi, bomba berkata warga Bangladesh berusia 23 tahun itu telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Bomba Seputeh.

Bomba juga memaklumkan setelah usaha pencarian dan 'flushing' di runtuhan bangunan, Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM mengesahkan tiada lagi mangsa yang terperangkap dalam runtuhan tersebut.

"Pada pukul 10.26 malam, operasi runtuhan bangunan telah ditamatkan," kata bomba.

Terdahulu, bomba memaklumkan pihaknya berjaya mengeluarkan seorang mangsa, dan dalam proses menyelamatkan seorang lagi yang terperangkap.

Mangsa pertama yang berjaya dikeluarkan itu, iaitu lelaki warga Bangladesh berusia 37 tahun, telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan di Zon Merah, kata bomba dalam kenyataan terdahulu.

"Semasa anggota bomba melakukan usaha pencarian mangsa yang terperangkap dalam runtuhan, anggota telah menjumpai dua orang mangsa.

"Pihak bomba kini bekerjasama dengan polis, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh) dan pihak pengurusan pembinaan bagi membuat penilaian di kawasan sekitar kejadian untuk memastikan jumlah mangsa yang terlibat," kata bomba.

Menurut bomba lagi, usaha menyelamatkan mangsa kedua pada berdepan kesukaran kerana keadaan bangunan yang tidak stabil.

Runtuhan melibatkan tingkat enam di bahagian hujung bangunan yang masih dalam pembinaan, yang menghempap ke bawah sehingga ke tingkat satu.

Terdahulu, Edgeprop melaporkan bangunan itu dikenali sebagai The Address dan dibangunkan oleh Maxim Holdings Sdn Bhd.

Projek itu direncana melibatkan tiga menara dengan 30 tingkat di atas sebidang tanah seluas 132 kaki persegi yang dahulunya rizab Tenaga Nasional Bhd.

Ini merupakan kali kedua kondominium yang sedang dibina di Kuala Lumpur runtuh sejak tahun lalu, apabila bahagian koridor satu tingkat di The Pinnacle di Sri Petaling runtuh pada 25 Jun 2019.

Lihat Komen
ADS