Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hospital Raja Perempuan Zainab II larang pelawat kanak-kanak
Diterbitkan:  Feb 18, 2020 4:44 PM
Dikemaskini: 8:44 AM

Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu, Kelantan mengeluarkan pekeliling bagi melarang kanak-kanak berusia 12 tahun daripada mengunjungi atau memasuki kawasan wad.

Pengarahnya, Dr Selasawati Ghazali, berkata arahan berkenaan berkuat kuasa semalam sebagaimana dinyatakan surat pekeliling.

Menurut beliau, pendekatan itu diambil bagi mengelak golongan kanak-kanak mendapat penyakit berjangkit dan kecederaan luar jangka termasuk Covid-19.

"Arahan berkenaan juga diguna pakai kepada kakitangan hospital iaitu tidak dibenarkan membawa anak masing-masing ke wad.

"Sekiranya didapati berlaku pelanggaran kepada arahan ini, maka tindakan tatatertib boleh diambil," katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Terdahulu, surat pekeliling tersebut tular di media sosial khususnya melalui sebaran aplikasi WhatsApp.

Selasawati berkata, pendekatan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga daripada sebarang kemungkinan.

"Sekarang ini banyak penyakit berjangkit melalui udara dan sebagainya. Jadi pendekatan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga," katanya.

Lihat Komen
ADS