Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2 lagi pulih dari jangkitan Covid-19 di Johor

Pasangan warga China masing-masing berusia 52 tahun dan 49 tahun yang disahkan positif Covid-19 sebelum ini, dibenarkan keluar hospital petang tadi, menjadikan jumlah terkini pesakit sembuh adalah 13.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pasangan suami isteri yang dirawat di Hospital Permai, Johor Bahru itu disahkan sembuh sepenuhnya selepas keputusan ujian Covid-19 ulangan kali kedua berturut-turut, didapati negatif.

“Kes ketujuh dimasukkan ke wad para 27 Jan, dan kesihatannya terus merosot disebab Case seven was admitted on Jan 27 and condition worsened due to severe Hypoxia on day three of admission.

“Pada hari kesembilan, pesakit menunjukkan perkembangan kesihatan yang amat baik, sehingga dia menjalani ujian dua kali berturut-turut dengan keputusan negatif Covid-19, dan hari ini dia dibenarkan pulang,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Susulan berita gembira itu, Dr Noor Hisham berkata semua kes positif Covid-19 yang dirawat di hospital itu telah sembuh sepenuhnya dan telah benarkan pulang.

Mengulas lanjut, beliau berkata pada awal saringan kesihatan, isteri kepada pesakit kes ketujuh itu disahkan menghidap Asymptomatic, namun simptom Covid-19 pada wanita itu dikesan pada hari kedua rawatan.

“Sampel yang diambil pada 5 Feb lepas menunjukkan negatif Covid-19, namun dia tetap berhasrat untuk tinggal di hospital sehingga suaminya dibenarkan keluar. Kita jalankan ujian sampel sekali lagi semasa suaminya sembuh, dan keputusannya tetap negatif dalam dua ujian susulan itu,” tambahnya.

Pasangan itu adalah individu kes ketujuh (suami) dan kelapan (isteri) yang masing-masing disahkan positif Covid-19 pada 28 Jan dan 30 Jan lepas.

Petang tadi, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan dua kes positif virus itu iaitu kes ke-11 dan ke-12 yang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dibenarkan pulang hari ini.

Katanya, seramai 107 individu terdiri daripada rakyat Malaysia dan ahli keluarga yang dibawa pulang dari Wuhan, China pada 4 Feb lalu juga dibenarkan keluar dari pusat pemantauan di Nilai, Negeri Sembilan hari ini, setelah tamat tempoh kuarantin 14 hari.

- Bernama

Lihat Komen
ADS