Malaysiakini
BERITA

Jho Low pernah aktif di Wuhan, kata IGP

Diterbitkan
Dikemaskini 19 Feb 2020, 10:56 pagi

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mendedahkan bahawa risikan mendapati Jho Low pernah melawat Wuhan, China, tempat bermulanya wabak Covid-19.

Beliau berseloroh bahawa hartawan dalam buruan itu boleh pulang ke Malaysia walaupun dijangkiti virus berbahaya.

“Sebelum ini kita dapat intelligence (risikan) kata dia memang aktif di Wuhan sana. Siapa tahu,” katanya.

“Saya minta KLIA perhatikan kalau dia balik dengan Covid-19 tadi.”

Mengambil kira kemampuan Kementerian Kesihatan, Hamid juga berjenaka bahawa Low akan diberikan rawatan terbaik jika pulang ke Malaysia.

Hamid juga berkata Low yang dianggap dalang dalam skandal 1MDB kini disenaraikan dalam notis merah Polis Antarabangsa (Interpol).

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.