Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan prototaip bagi model pertama kereta nasional ketiga yang dibangunkan telah siap.

Beliau berkata, prototaip itu tidak akan dipamerkan kepada umum sehingga ada pelabur yang berminat membangunkannya.

Sebagai kereta masa depan kata Mahathir, kenderaan nasional ketiga itu bakal dilengkapi dengan teknologi moden.

"Kolaborasi dengan mana-mana syarikat seluruh negara tidak hanya Jepun, termasuk China, Korea dan negara Eropah dan kami berkolaborasi dengan negara yang memilik teknologi.

"Kami telah siap prototaip (kereta nasional)," katanya ketika ditemui selepas melancarkan Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking dan timbalannya, Dr Ong Kian Ming.

Mahathir mengesahkan aspirasi membina projek kereta nasional ketiga dalam lawatannya ke Jepun pada Jun 20018, selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei.

Perdana menteri dilaporkan berkata bahawa, kerajaan meninjau untuk membina projek kereta nasional 3.0 selepas Proton dan Perodua, memandangkan ilham yang dicetuskannya, Proton menjalin perkongsian strategik dengan Zhejiang Geely Holding Group Co (Geely) dari China.

Pada 9 Ogos tahun lalu, kerajaan mengumumkan bahawa syarikat kejuruteraan milik bumiputera, Dream Edge Sdn Bhd, akan menjadi syarikat peneraju yang bertanggungjawab membangunkan kereta nasional ketiga.

Pada sidang akhbar di Cyberjaya, Leiking berkata model pertama kereta kebangsaan ketiga itu akan mengambil masa 18 bulan untuk dibina dan akan dilancarkan pada Mac 2021.

Beliau juga mengumumkan bahawa Daihatsu Motor Co Ltd bersetuju memberikan sokongan untuk pembuatan kereta berkenaan, tetapi menyatakan bahawa pengeluar kereta Jepun itu tidak akan memegang sebarang kepentingan dalam projek berkenaan.

Leiking juga mengulangi bahawa kerajaan tidak akan memperuntukkan sebarang dana untuk pembangunan kereta nasional ketiga itu.

Lihat Komen
ADS