Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
AP kenderaan kekal dalam Dasar Automotif Nasional 2020

Kerajaan perlu mengenakan permit import (AP) kenderaan untuk melindungi kepentingan pengguna bagi memastikan penjualan kereta import mematuhi piawaian ditetapkan.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, berkata pasaran kenderaan di Malaysia terlalu terbuka menyaksikan kemasukan banyak kereta import.

"Kita adalah pasaran yang sangat terbuka. Anda melihat semua jenis kereta ada dipandu di Malaysia.

"Ada keperluan untuk mempunyai kawalan bagi memastikan bahawa salah laku tidak dilakukan.

"Itulah sebabnya perlu ada lesen, ia bagi memastikan apa yang dijual adalah mematuhi kualiti yang diisytiharkan oleh pengeluar," katanya pada sidang media selepas pelancaran Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020, di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking dan timbalannya, Dr Ong Kian Ming.

Dalam pada itu, Mahathir berkata atas kepentingan berkenaan maka NAP 2020 terus mengekalkan AP bagi kereta import.

Ketika ditanya mengenai peranan Bumiputera dalam NAP 2020, perdana menteri berkata kumpulan itu tidak dipinggirkan.

Katanya NAP 2020 akan memainkan peranan bagi memberi latihan dan bimbingan kepada pemain industri automotif Bumiputera.

NAP 2020 juga akan melihat bagaimana kumpulan itu akan dibantu khususnya soal pemasaran serta promosi.

Lihat Komen
ADS