Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Giliran SPRM pula rekod keterangan Najib, Rosmah

Selepas memberi keterangan kira-kira sejam di ibu pejabat polis Bukit Aman berkenaan rakaman audio yang didakwa menunjukkan konspirasi jenayah peringkat tertinggi, bekas perdana menteri, Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor hadir ke Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Kuala Lumpur.

Pasangan suami isteri itu dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung perkara yang sama.

Najib dan Rosmah tiba tepat pukul 2.59 tengah hari dengan menaiki sebuah kereta dan dilihat terus memasuki bangunan Maca.

Untuk rekod, pada 8 Jan lalu SPRM mendedahkan rakaman audio mengandungi perbualan beberapa individu yang antara lain membayangkan berlaku kebocoran maklumat dari Jabatan Peguam Negara kepada Najib berkaitan siasatan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.

Selain Najib, perbualan itu dipercayai turut membabitkan bekas ketua pesuruhjaya SPRM sendiri, Dzulkifli Ahmad, yang ketika itu bertugas di Jabatan Peguam Negara.

Setakat ini polis telah merakam keterangan 12 individu bagi membantu siasatan.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS