Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PKNS nafi laporan M'kini mengenai rizab hutan
Diterbitkan:  Feb 21, 2020 7:36 PM
Dikemaskini: 11:36 AM

Nota Editor: Kami telah mengeluarkan artikel terdahulu mengenai Hutan Simpan Kuala Langat Utara selepas dimaklumkan mengenai kesilapan. Kami memohon maaf atas kesilapan itu.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menafikan dakwaan bahawa pembangunan Selangor Business Capital akan dijalankan di atas rizab hutan simpan Kuala Langat Utara.

Dalam suatu kenyataan, PKNS berkata projek "Selangor Business Capital merupakan sebuah projek daripada kerajaan negeri Selangor."

"(Ia) akan dibangunkan oleh PKNS diSelangor Cyber Valley, Cyberjaya di atas tanah seluas 140 ekar.

"Pembangunan ini tidak melibatkan pemansuhan status Hutan Simpan Kekal bagi Hutan Simpan Kuala Langat Utara sama sekali," katanya.

PKNS berkata dakwaan tersebut "telah mengakibatkan nama baik PKNS tercalar di mana artikel tersebut telah dibincangkan oleh orang awam di laman sosial."

Lihat Komen
ADS