Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lagi kumpulan pro-Anwar nafi jemputan turun jalan
Diterbitkan:  Feb 23, 2020 9:00 AM
Dikemaskini: 3:01 AM

Anwar Ibrahim Club (AIC), yang merupakan kelab penyokong presiden PKR, menafikan akan mengadakan perhimpunan pada petang ini.

Dalam kenyataan di Facebook AIC, setiausahanya, Azmi Mohd Nor berkata mereka tiada kaitan dan tidak terlibat dengan sebarang bentuk himpunan.

"Ini merupakan satu fitnah jahat yang ingin mencemarkan nama baik Anwar," katanya.

Kenyataan itu turut disertakan poster jemputan himpunan bertajuk Reformasi 2020 yang ditempek perkataan 'palsu'.

Selain logo AIC, logo Jingga 13 dan Otai Reformis turut tertera pada poster itu.

Pada poster itu, orang ramai diminta berkumpul di pusat beli belah Sogo di Kuala Lumpur sebelum berarak ke Masjid Negara.

Poster itu juga memetik nama Abdul Razak Ismail, Ezam Mohd Nor dan Ahli Parlimen Selayang William Leong.

Abdul Razak dan Ezam merupakan antara individu yang memainkan peranan penting dalam gerakan reformasi pada 90-an.

Ini merupakan jemputan palsu kedua untuk himpunan menyokong Anwar sejak Jumaat lalu, ketika pemimpin PH berkumpul membincangkan pelan peralihan kuasa.

Lihat Komen
ADS