Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak, meninggal dunia
Diterbitkan:  Feb 26, 2020 12:22 PM
Dikemaskini: 4:22 AM

GLOBAL l Bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak meninggal dunia malam Selasa lalu pada usia 91 tahun, di sebuah hospital di Kaherah.

Kematiannya itu disahkan oleh portal Youm 7 yang diketahui rapat dengan rejim Mesir.

Alaa Mubarak, anak bekas presiden itu, baru-baru ini mendedahkan bahawa bapanya terlatar di bilik rawatan intensif di sebuah hospital kerana masalah kesihatan yang tidak didedahkannya.

Mubarak memerintah Mesir selama 30 tahun sehingga digulingkan berikutan bantahan besar-besaran pada 2011 menerusi revolusi ‘Arab Spring’ dan dipenjarakan sehingga 2017.

Beliau mengambil alih selepas bekas presiden Mesir, Anwar Sadat, dibunuh pada 1981 ketika mereka berdua menghadiri satu upacara perbarisan tentera.

Walaupun ramai yang tidak mengharapkan beliau kekal lama sebagai presiden, hubungan baiknya dengan Amerika Syarikat dan sokongan angkatan tentera terbesar di Asia Barat, membolehkannya berkuasa selama 30 tahun.

Mubarak adalah seorang juruterbang tentera berusia 24 tahun ketika angkatan tentera menggulingkan pemerintah Mesir ketika itu, Raja Farouk, pada 1952.

Sadat, yang mengambil alih pentadbiran Mesir daripada Gamal Abdel Nasser pada 1970, memilih Mubarak sebagai timbalannya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS