Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Eksekutif Khazanah positif Covid-19
Diterbitkan:  Mar 1, 2020 8:48 PM
Dikemaskini: 12:48 PM

Khazanah Nasional Berhad hari ini mengesahkan salah seorang kakitangannya dijangkiti wabak Covid-19 dan usaha sedang dijalankan untuk mengesan kontak rapat kakitangan tersebut.

Khazanah tidak menyatakan maklumat lanjut tetapi sumber memberitahu Malaysikini bahawa kakitangan itu ialah Kes 26, iaitu salah satu daripada empat kes baru yang diumumkan Kementerian Kesihatan hari ini.

Sumber itu berkata kakitangan itu adalah pegawai kanan pengurusan Khazanah.

Sumber itu juga berkata pejabat Khazanah di Mercu UEM, KL Sentral telah ditutup dan sedang menjalani proses sanitasi.

Dalam kenyataan hari ini, Khazanah berkata pihaknya bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan berhubung proses itu.

"Khazanah bekerjasama dengan pihak berkuasa dan pengurusan premis pejabat kami dalam mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan keselamatan dan kesihatan kakaitangan kami dan kalangan yang dekat dengan mereka.

"Ini termasuklah sokongan untuk pihak berkuasa dalam mengesan individu yang menjadi kontak rapat kakitangan itu," kata Khazanah.

Terdahulu hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah mengumumkan empat kes positif Vocid-19 yang baru, menjadikan jumlah keseluruhan kes itu kepada 29.

Beliau berkata kes 26 melibatkan seorang lelaki berusia 52 tahun yang berkunjung ke Shanghai pada pertengahan Januari. Beliau didapati positif Covid 29 pada 29 Februari lalu.

 

Lihat Komen
ADS