Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Speaker: Parlimen tak akan ditangguhkan berikutan Covid-19

Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof berkata sidang parlimen yang dijadualkan pada 9 Mac tidak akan ditangguhkan berikutan wabak koronavirus Covid-19.

Ini selepas seorang bekas menteri dan timbalan menteri dipercayai mempunyai kotak dengan seorang pesakit Covid-19 pada 27 Feb lalu.

"(Tangguh) Covid-19? Tidak," kata Mohamad Ariff kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran buku 'Prosedur Parlimen Malaysia: Panduan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat di bangunan parlimen malam ini.

Kedua-dua bekas menteri dan timbalan menteri berkenaan telah diuji bagi mengetahui sama ada mereka telah terkena jangkitan atau sebaliknya,  dan hasil ujian yang dijalankan menunjukkan keputusan negatif.

Speaker juga ditanya mengenai maklumat terkini mengenai sidang parlimen 9 Mac, yang beliau hanya menjawab, "saya sedang menunggu jawapan".

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan lebih lanjut walaupun sebelum ini dilaporkan akan berhubung dengan perdana menteri yang baru dilantik Muhyiddin Yassin mengenai sama ada persidangan Dewan Rakyat pada 9 Mac akan ditangguhkan atau sebaliknya.

Angota Parlimen Pagoh itu mengangkat sumpah semalam sebagai perdana menteri dari gabungan Bersatu, BN dan PAS yang digelar sebagai Perikatan Nasional. 

Beliau juga mendapat sokongan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Pergolakan politik bermula Ahad lalu apabila bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan penyokongnya mengadakan pertemuan pada majlis makan malam di sebuah hotel di Petaling Jaya, yang turut dihadiri pemimpin Umno, PAS dan Bersatu.

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyalahkan Muhyiddin kerana mencetuskan kemelut politik, dengan mendakwa presiden Bersatu itu mempergunakan Anwar Ibrahim untuk memulakan krisis berkenaan.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata krisis itu bermula apabila Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Isnin, iaitu sehari selepas pertemuan di hotel Sheraton berkenaan.

Lihat Komen
ADS