Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
3 lagi adun PH keluar parti, isytihar sokong PN di Perak
Diterbitkan:  Mar 9, 2020 1:42 PM
Dikemaskini: Mar 10, 2020 9:15 AM

Selepas Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamahri dari PKR, tiga lagi adun daripada PH mengambil langkah keluar daripada gabungan itu.

Ia sebaik selepas Perikatan Nasional (PN) mengisytiharkan pembentukan kerajaan Perak yang baru hari ini.

Tiga adun itu ialah Adun Tronoh Paul Yong dan Adun Buntong A Sivasubramaniam - kedua-duanya daripada DAP - dan Adun Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abd Munaim daripada Amanah.

Keputusan Hasnol boleh dianggap sebagai tamparan besar buat Amanah memandangkan dia merupakan ketua pemudanya.

Mereka mengisytiharkan keluar parti masing-masing dan mengisytiharkan sokongan terhadap PN dalam sidang media di Ipoh, Perak, hari ini.

Yong berkata, jika mereka tidak menyokong kerajaan baru, banyak projek di kawasan mereka akan dibatalkan.

"Di Tronoh, ada universiti dan juga pelabur yang masuk. Jika kita kembali sebagai pembangkang, ini semua akan digantung.

"Rakyat letakkan harapan tinggi terhadap parti politik. Mereka tidak patut menanggung akibat kerana permainan politik," katanya dalam sidang media itu.

Dengan pengisytiharan sokongan oleh tiga adun itu, PN kini memiliki 32 kerusi di Dewan Undangan Negeri manakala PH memiliki 24 kerusi.

Lihat Komen
ADS