Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengguna Facebook diberkas kerana hina Islam dan Kristian
Diterbitkan:  Mar 10, 2020 8:26 PM
Dikemaskini: 12:28 PM

Seorang penduduk Tabuan Dusun, Kuching di Sarawak ditahan polis kerana memuat naik kenyataan yang menghina agama Islam dan Kristian semalam.

Pemilik akaun Facebook dengan nama pengguna 'Alexander Yeshua' telah ditangkap di sebuah rumah kira-kira jam 9.30 malam.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Dev Kumar berkata suspek telah ditahan pada petang ini di kediamannya.

“Tangkapan terhadap suspek dilakukan selepas laporan polis dibuat terhadapnya.

“Siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya seperti dilapor Borneo Post.

Lihat Komen
ADS