Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

ULASAN | Koronavirus merupakan nama generik. Ia telah wujud, kira-kira hampir 60 tahun secara saintifiknya. Tetapi ia hanya wujud di dalam badan beberapa spesies haiwan, antaranya kucing civet, monyet, kelawar serta beberapa lagi.

Sama seperti virus berbahaya yang lain, virus ini boleh merebak, daripada binatang kepada manusia, dan sukar untuk dibendung.

Sindrom Pernafasan Akut Teruk (Sars) adalah contoh yang boleh diambil. Walaupun Sars pupus selepas lapan bulan kewujudannya, ia telah mengejutkan dunia, daripada sektor kesihatan hingga ekonomi pada tahun 2003. Dan Covid-19 (sebelum ini dikenali sebagai N atau Novel-Coronavirus 2019 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), muncul pertama kali di Wuhan, China pada Disember lepas), dikenal pasti sebagai sepupu kepada Sars.

Di kalangan pakar saintis, Covid-19 juga dikenali sebagai Sars Cov II. Malah, Sars Cov II ini sebenarnya pencetus kepada wabak yang dikenali sebagai Covid-19.

Contoh analogi terbaik adalah HIV (human immuno virus). Apabila seseorang itu disahkan positif HIV, tanpa rawatan atau kombinasi ubat-ubatan yang sesuai, orang itu akan mengalami sakit yang berpanjangan. Dan akhirnya akan melarat menjadi AIDS (acquired immune deficiency syndrome). Keadaan ini sama seperti Sars Cov II, yang membawa kepada Covid-19.

Tidak semua yang dijangkiti Covid-19 berakhir dengan maut. Covid-19 dikategorikan; ringan, teruk dan kritikal - oleh WHO.

Sehingga 4 Mac, WHO telah mengisytiharkan amaran tahap tinggi, sedikit lagi untuk sampai ke tahap pandemik - wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas, hingga ke seluruh dunia.

Namun ia telah merebak ke 65 negara, dan terus meningkat, dengan setiap benua telah pun mendaftarkan kes yang sama. Dan jelas ini merupakan pandemik.

Pan - daripada perkataan pandemik - merupakan kata dasar Yunani, bermaksud penyebaran lebih daripada dua benua - takrif yang sedang diambil kira oleh WHO.

Sementara itu, saintis di China telah menemukan dua jenis strain Covid II - Strain S dan Strain L. Ia dilaporkan oleh South China Morning Post, yang Strain L didapati lebih berjangkit.

Salah satu sebab mengapa kes-kes di Wuhan - yang telah merebak kepada hampir 80,000 orang antara 22 Januari sehingga sekarang, semasa artikel ini ditulis - mula stabil daripada segi skala dan kepantasan. Ini kerana pihak berkuasa kesihatan awam di China telah menguatkuasakan kuarantin dengan berkesan, bukan setakat di Wuhan, malah di 13 bandar lain di China.

Ganggu rantaian ekonomi

Pada masa yang sama, Covid-19 menganggu rantaian aktiviti ekonomi, pembuatan dan pembekalan di China, yang secara langsung memberi kesan terhadap ekonomi dunia, sekali gus akan memperlahankan perdagangan global sepenuhnya.

Sebanyak 20 peratus jumlah pengeluaran dunia bergantung kepada China, berbanding tiga peratus pada tahun 2003,

Walaupun kes-kes di Wuhan menyaksikan penurunan yang ketara, ratusan kes sehari berbanding ribuan kes sebelumnya, China dan negara yang lain di seluruh dunia akan terasa kesannya sangat mendalam.

Korea Selatan, yang tidak terkesan pada awal penyebaran wabak ini berlaku, terdapat 5,000 kes dalam masa seminggu, sementara Iran dan Itali, mempunyai 3,000 kes secara keseluruhan dan terus meningkat.

Purata kematian Covid-19 antara dua ke tiga peratus, bergantung kepada jantina, geografi dan imuniti seseorang.

Saintis mengatakan bahawa Covid-19 kelihatan lebih membawa maut kepada lelaki, terutama mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti diabetes, bronkitis, asma.

Kebarangkalian peluang untuk selamat atau pulih juga bergantung kepada kedudukan sesebuah negara atau bandar. Bandar-bandar seperti Hong Kong dan Singapura, yang mempunyai akses perkhidmatan perubatan, Covid-19 tidak dapat menembusi hospital awam dan swasta mereka, begitu juga dengan Malaysia.

Namun, jika terdapat percubaan untuk memanipulasi atau memintas maklumat, seperti yang berlaku di China ketika Covid-19 ditemukan pada 8 Disember, respons pantas akan diambil dengan langkah radikal seperti penguatkuasaan kuarantin yang komprehensif.

Di Iran, kadar kematian mencapai 5.74 peratus. Ini menunjukkan bahawa pihak berkuasa kesihatan di sana tidak telus dengan jumlah kes yang dilaporkan. Kadar kematian itu tinggi, lebih 2.5 kali ganda tinggi daripada China, Hong Kong dan Singapura.

Sementara itu, timbalan menteri kesihatan Iran disahkan positif Covid-19, termasuk naib presiden dan penasihat Presiden Ali Khamenei. Penasihat tersebut sudah pun meninggal dunia. Malahan, CNN melaporkan bahawa lapan peratus ahli parlimen di Iran sudah dijangkiti Covid-19.

Di Malaysia, pesakit Covid-19 kes ke-26, mempunyai kontak rapat dengan kakitangan dan beberapa pegawai, yang membawa penularan kepada 19 orang daripada 50 pesakit sehingga kini. Seramai 189 kontak rapat tersebut telah menjalani ujian namun masih belum menerima status kesihatan mereka.

Covid-19 boleh membawa maut walaupun mempunyai kadar kematian yang rendah, mengapa? Sebagai permulaan, virus itu boleh berada di permukaan telefon seseorang individu selama hampir satu minggu, menurut penyelidikan profesor di Universiti Southampton, seperti dilaporkan The Telegraph.

Salur vaksin makan masa hingga satu setengah tahun

Dengan 50 kes setakat ini dikesan di beberapa daerah di United Kingdom, Perdana Menteri Boris Johnson mengumumkan pelan kecemasan antikoronavirus. Beliau sepatutnya dapat mengetahui bahaya virus ini lebih awal, hasil pembocoran maklumat daripada Pejabat Perdana Menteri Britain minggu lepas yang mengesahkan bahawa senario terburuk yang boleh berlaku adalah 50 hingga 70 peratus rakyat Britan akan dijangkiti.

Dalam sidang media akhbar semalam, Perdana Menteri Boris Johnson mengesahkan bahawa semua syarikat di UK harus bersedia untuk beroperasi dengan satu per lima tenaga kerja tidak dapat kembali bekerja.

Tentera dan polis juga diarah untuk tidak memberi tumpuan kepada sebarang jenayah kecil. Sebaliknya, semua harus fokus untuk menghadapi pandemik sepenuhnya di UK.

Mordena, firma farmaseutikal Amerika Syarikat, serta Fujifilm Toyama, yang juga beroperasi di Malaysia, sedang berusaha gigih untuk membangunkan vaksin. Namun kemungkinan vaksin ini berkesan dan boleh disalurkan ke seluruh dunia akan memakan masa satu hingga satu setengah tahun lagi.

Dengan Covid-19 masih menular di beberapa bahagian di Asia dan Eropah, terutamanya Malaysia, perlu berhati-hati mengenai protokol yang mengandungi wabak ini. Maklumat yang benar mestilah didedahkan sepanjang hari untuk meningkatkan tahap kesediaan masyarakat.

Walaupun pesakit pulih daripada Covid-19 ini, namun terdapat beberapa kes pesakit tersebut kembali dijangkiti. Oleh itu, walaupun kontak rapat pesakit Covid-19 di Malaysia dipantau dengan rapi, namun jangan sesekali leka.

Sifat asimptomatik Covid-19 membuatkan virus ini sangat bahaya. Tempoh inkubasi pula boleh memakan masa 14 hingga 35 hari. Individu yang dijangkiti Covid-19 boleh menyebarkan virus tersebut tanpa dia mengetahui bahawa dia yang menyebarkannya.

Covid-19 juga sangat pintar. Ia akan cuba untuk memasuki asid ribonukleik (RNA), satu mekanisme biologi yang menghantar maklumat utama kesihatan seseorang melalui DNA.

Percubaan untuk menyebarkannya kepada RNA seseorang individu merupakan langkah yang paling berkesan apabila membran enzim angiotensin 2 (ACE II) dan kadar upaya seseorang individu itu lemah.

Sebaik sahaja virus Covid-19 memasuki ACE II, ia kemudian akan cuba mengelirukan enzim dalam badan yang dikenali sebagai Encin, untuk digandakan dan membahagikannya secara pantas.

Oleh yang demikian, Malaysia harus lebih peka dengan wabak merbahaya Covid-19 ini, terutamanya jika mempunyai ibu bapa, ahli keluarga, atau sahabat yang sudah berumur 55 tahun yang tidak mempunyai nutrisi secukupnya.

Dengan keadaan politik yang semakin tidak menentu, kini, pihak berkuasa kesihatan Malaysia harus berdepan dengan virus yang semakin menular ini, dan harus bekerjasama dengan bantuan pihak berkuasa perubatan seperti WHO atau syarikat farmaseutikal seperti Fujifilm Toyama.


DR RAIS HUSSIN ialah presiden/CEO, EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar yang strategik.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS